TENTANG AMIE AHA

selamat datang

Salam Perkenalan . . . .



Muhammad Syahmi Hafiz
D20211100733
FMSP
Degree in Theater

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

011-2179 7468

C-2-12, Pangsapuri Ceria, JLN 1/KU7, TMN SG Kapar Indah, 422200, Kapar, Selangor D.E.

amieamie6437@gmail.com

Tentang Diri

Nama diberi Muhammad Syahmi Hafiz, lebih senang dipanggil Amie atau penjahat, lahir pada 14 November 1999, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Selepas sahaja lahir di Selangor, bersama keluarga, pulang ke kampung halaman ibunya di Kg. Ansip, Keningau, Sabah, sehingga umur mencecah dua tahun. Lalu berpindah semula ke Klang, dimana Ayahnya dapat meneruskan perniagaan menjual gas memasak Petronas dan menetap di Klang sehingga kini memandangkan Ayahnya berasal dari semenanjung, lebih tepat lagi di Baling, Kedah. Walaubagaimanapun, Amie beragama Islam dan berbangsa dusun menurut sijil kelahiran namun Amie membesar seimbang budaya di Sabah dan Semenanjung kerana biarpun menetap di Klang, keluarganya sering pulang ke kampung bila sahaja berkemampuan. Amie mendapat pendidikan di SK Sungai Kapar Indah, dan SMK Sungai Kapar Indah, taraf pendidikan tertinggi ialah STPM dan sedang menghabiskan pelajaran di peringkat Diploma dan seterusnya ijazah sarjana muda  dalam bidang diminati. Amie cenderung dalam muzik namun meminati penulisan skrip, audio dan pencahayaan, serta pembinaan set pentas. Berkemahiran dalam nyanyian, bermain alat muzik, menulis lirik dan mencipta lagu. Pengalaman dalam bidang seni bermula dari umur 9 tahun, melibatkan persembahan pentas, nyanyian dan lakonan, penyertaan Amie di kebanyakan peringkat hingga ke peringkat kebangsaan, di sekolah kebangsaan dan menengah. Telah melibatkan diri di JKKN (teater), permata seni negara, seterusnya media prima bermula dari idola kecil musim ke 4 hingga musim 5, tidak lupa juga di RTM bintang kecil dan Ceria Popstar ASTRO. Seterusnya semasa berumur 15 tahun amie menyertai program POPKREW TV9 musim pertama bersama kumpulan yang ditubuhkan diberi nama Briged, berkerja dibawah syarikat Monkey Bone TV9 selama 2 tahun. Dan kini Amie sedang menapak dalam bidang yang Amie minati iaitu bidang teater berharap menjadi seseorang yang berguna dalam keluarga, agama dan negara. Ingin menulis skrip, mencipta lagu untuk mana-mana pementasan teater dan ingin membuktikan pada keluarga bahawa bidang ini tidak sia-sia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAKKAN KALAH

KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN AMIE AHA

ON STAGE

SIAKAP ( BARRAMUNDI )

PENCAPAIAN AMIE AHA

HARUAN

FYP DIPLOMA